Menu

HARI POLIS KE-215: KONVOI BERMOTOSIKAL PDRM BERSAMA ISBC JAYAKAN MISI AMAL

Shah Alam, 12 Mac 2022 - Seramai 60 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ipoh Super Biker's Club (ISBC) menunggang secara konvoi dari Slim River, Perak sebelum tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi acara penutupan, tengahari tadi.

Program "Charity Ride" PDRM Bersama ISBC yang bermula sejak 7 Mac lalu itu merupakan pengisian program menyantuni warga Pasukan sempena Peringatan Hari Polis yang bakal disambut pada 25 Mac depan.

Penjelajahan amal peserta konvoi pada kali ini melibatkan sembilan buah kontinjen dengan bermula di Melaka diikuti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan berakhir di Selangor.

Dalam majlis penutup yang diadakan di Dewan Mes IPK Selangor tadi, seramai 11 warga Pasukan yang menghidapi penyakit kronik dan kelainan upaya telah menerima sumbangan yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Acryl Sani berharap agar program kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO) seumpama itu mampu menjadi contoh kepada pihak luar.

"Besarlah harapan saya agar usaha murni ISBC ini menjadi contoh kepada pihak-pihak lain untuk turut sama berganding bahu serta menjadi rakan strategik terpenting PDRM dalam program-program berkonsepkan “community policing” demi kepentingan masyarakat dan negara," ujar beliau.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam selaku pengerusi jawatankuasa program, CP Dato' Hazani Ghazali, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Aidi Ismail, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Wira Mat Kassim Karim serta Penasihat ISBC, Dato' Sri Zainuddin Yaacob.

Yang turut hadir, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim dan Pengerusi ISBC, Encik Chia Poh Huat.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 9 people, motorcycle and road

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, motorcycle and road

May be an image of 5 people, motorcycle, outdoors and text

May be an image of 3 people, motorcycle and road

May be an image of 5 people, people standing, indoor and text

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 6 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people, people standing and people sitting

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS