Kuching, 15 Mac 2022 - Kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Bintawa, di sini, sejak 7 Mac lalu kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, kes kehilangan kanak-kanak terbabit, Eric Chang Wei Jie disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, keputusan mengklasifikasikan semula kes itu dibuat selepas pihaknya menilai perkembangan terkini hasil siasatan.
"Usaha pencarian kanak-kanak itu kini diperluaskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5 Sarawak.
"Operasi turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan sungai di Muara Tebas," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.