Menu

DUA PENGARAH PDRM DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG

Pekan, 17 Mac 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran “Dato’ Sri” daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berlangsung Pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) yang membawa gelaran "Dato'" kepada Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ruslan Khalid.
Tidak ketinggalan juga, Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, SAC Dato’ Hasan Basri Ahmad Safar dan Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, SAC Dato’ Abdul Razak Mohd Yusoff masing-masing dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran "Dato'".

Istiadat pengurniaan tersebut diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, di sini bersempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS