Kira-kira 160 orang kakitangan Pejabat Daerah Lipis termasuk orang awam terlibat dalam latihan pemusnahan bom bersama pegawai dan anggota Unit Persenjataan Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan (CBRNE), Polis Diraja Malaysia di Penjom Gold Mine, Empang Jaleh, Kuala Lipis pada 13 Januari lalu.
Demonstrasi latihan yang dipersembahkan oleh anggota CBRNE itu bukan sahaja bertujuan memberi pendedahan latihan kepada anggota tentang aspek kesiapsiagaan dalam menangani ancaman berbentuk letupan, malah ia turut memberikan pengalaman berharga dan pengetahuan baharu kepada kakitangan agensi kerajaan mengenai tahap keselamatan serta cara-cara menyelamatkan diri daripada ancaman berkenaan.
Turut sama ketika latihan diadakan adalah Penolong Pengarah CBRNE, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, ACP Mohammad Rafee Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dan Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor.
Ikuti kupasan lanjut berkenaan latihan pemusnahan bom yang dijalankan oleh anggota CBRNE ini menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.