Kuala Lumpur, 30 Mac 2022 – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan mewakili Polis Diraja Malaysia bagi menandatangani kontrak dan memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa buah syarikat yang membekal dan menyelenggara sistem keselamatan dan aset Pasukan.
Majlis yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) Asia 2022, di sini, petang tadi.
Perjanjian tersebut bertujuan mengeratkan lagi kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri khususnya PDRM dengan syarikat-syarikat pembekal yang telah dilantik.
Hadir sama, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Mat Som dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud.
Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.