Empat unit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga dalam menjalankan tugas ronda cegah jenayah penyeludupan di sempadan negara iaitu Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Rondaan bermotosikal (URB) dan Unit Tindakhas (UTK) yang turut melakukan demontrasi dalam Majlis Memperkasakan Kawalan Sempadan Negara di Pekan Rantau Panjang hari ini.
PDRM akan sentiasa bersiap sedia dalam memastikan keselamatan di sempadan negara terjamin dan dipertingkatkan menjelang pembukaan sempadan pada 1 April ini.