Dewasa ini, risiko dan kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan pemandu kenderaan lain.
Atas faktor itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Superintendan Kamarulzaman Jusoh semalam turun padang memberi nasihat kepada sekumpulan penunggang dan pembonceng motosikal yang ditahan dalam operasi khas jalan raya dekat Gambang, Pahang. Ikuti nasihat ikhlas yang disampaikan oleh beliau di minit ke 15:00 menerusi pautan video di bawah.
Di kesempatan ini, kami ingin sekali lagi menasihatkan kepada semua pemandu kenderaan di atas jalan raya agar memandu/menunggang kenderaan anda dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang.