Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] VIDEO TULAR: ‘ONAR’ WIRA TURBO TERHENTI

Kuala Lumpur, 4 April 2022 - Proton Wira Turbo yang tular di YouTube selepas kenderaan itu diubah suai sehingga mengeluarkan bunyi bising akhirnya ditahan polis dalam operasi malam kelmarin.
Operasi dijalankan bermula jam 10 malam hingga 4 pagi itu diadakan di sekitar pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, Op Tutup dijalankan bagi menumpukan kenderaan yang parkir di kiri dan kanan Jalan Raja Laut, membuat bising serta mengganggu ketenteraman awam.
Menurutnya, sebanyak 25 kereta disita yang mana salah satunya Proton Wira terbabit yang sebelum ini tular selepas pemiliknya memuat naik video kenderaan itu di YouTube.
"Semua kereta disita disiasat mengikut Seksyen 64, Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan.
"Kenderaan disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan serta diarahkan mengubah ke struktur asal.
"Secara keseluruhan, sebanyak 661 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 53 motosikal disita atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos)," katanya dalam kenyataan semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS