Kuala Lumpur, 6 April 2022 - Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPF KL), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyempurnakan Majlis Pelantikan Ahli Jawatankuasa MCPF KL bagi penggal 2020-2022, di sini, hari ini.
Selain pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu, majlis tersebut juga bertujuan mengukuhkan hubungan di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCPF khususnya di Kuala Lumpur bagi merancang kerjasama strategik dalam usaha pencegahan jenayah.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Aidi Ismail, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Pengerusi MCPF KL, Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon, Naib Pengerusi Kanan, Dato’ Sri Ayub Yaakob, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ruslan Khalid, barisan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan para pegawai kanan PDRM serta ahli jawatankuasa MCPF KL.