Menu

OP SELAMAT 18: PDRM BERSAMA PETRONAS LANCAR KEMPEN JELAJAH OP SELAMAT 18 DAN GTSP SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI

Kuala Lumpur, 22 April 2022 – Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melancarkan Program Jelajah Op Selamat 18 dan Program "Go To Safety Point" (GTSP) secara serentak di seluruh negara bermula hari ini.

Program jelajah selama tiga hari yang julung kali diadakan itu melibatkan 47 stesen minyak Petronas di lokasi-lokasi terpilih mengikut zon.

Berucap dalam majlis pelancaran di Stesen Petronas Solaris Putra, Sungai Besi, pagi tadi, Pengarah JSPT, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, para petugas JSPT dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dijangka berkonvoi menggunakan kenderaan menuju ke stesen minyak yang ditetapkan dan akan menyantuni masyarakat serta menasihati mereka agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

"JPJKK akan berperanan memantau kawasan-kawasan perumahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah dan jenayah.

"Elemen Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) juga digerakkan dan bertanggungjawab untuk menjalankan ujian air kencing ke atas pengguna jalan raya, terutamanya pemandu kenderaan berat, bas-bas ekspres serta individu-individu yang disyaki terlibat dengan jenayah," tambah beliau.

Hadir sama, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit, Petronas Dagangan Berhad, Encik Khalil Jafri M Muri, Ketua Keselamatan Kumpulan Petronas, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain, Ketua JPJKK Kontinjen Selangor, SAC Mohd Zaini Abu Hassan, Penolong Pengarah Pendataan/Analisa, JPJKK, Bukit Aman, ACP Siva Pergahsum Shanmugam yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa, JPJKK Bukit Aman selaku pemilik inisiatif GTSP, SAC Mohd Azhar Hamin dan barisan Pegawai kanan serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan

May be an image of 6 people, people standing, indoor and text that says 'PETRONAS Majlis elancaran Op Selamat ke-18 Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Go-To-Safety-Point(G (GTSP) Dirasmikanol YDH CP Datuk Wira Kasim Biwsy Pengarah Jabatan nguatkuasaan Tra Stesen'

May be an image of 7 people, motorcycle and road


May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 3 people, people sitting, people standing, indoor and text that says 'A'

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and text that says 'HAPEA PETRONAS Majlis Pelancaran Op Selamat ke- ke-18 Sempena Hari Raya Aid dan Go-To-Safety-Point (GTSP) KASIM Dirasmikan oleh ouk Wira Mat Kasim Bin Karim abatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ろつ አวለ-30?2 12002 iutra, Seri Kembangan 8 PETRONAS'

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 15 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, motorcycle and outdoors

May be an image of 7 people, motorcycle and road

May be an image of 10 people, car and outdoors

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS