Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP SELAMAT KE-18: PUPUK SIKAP PEMANDU BERHEMAH

Serdang, 23 April 2022 - Polis Diraja Malaysia menjalankan Program Jelajah Op Selamat ke-18 Sempena Hari Raya Aidilfitri bagi memberi pendedahan akan kepentingan keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, program itu dilaksanakan selama tiga hari bermula semalam bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

"PDRM melalui Program Go To Safety Point (GTSP) melibatkan 47 buah stesen minyak Petronas terpilih di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kita akan berkonvoi ke stesen minyak terpilih dan menjalankan advokasi sambil menyantuni masyarakat agar mematuhi peraturan demi keselamatan diri dan keluarga di jalan raya," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Jelajah Op Selamat ke-18 Sempena Hari Raya Aidilfitri dan GTSP di Stesen Petronas Solaris Putra, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, people standing and text that says 'Jelajah Ops Selamat ke-18 Aidilfitri diadakan selama tiga hari Pupuk sikap pemandu berhemah Oleh NOR RAZIAH NOH Malay- (PDRM) menjalankan Prog- Aidilfitri pendedahan Pengarah Jabatan Aman, Kasim dilaksanakan semalam Op Selamat iditfitridan ke-18 Sempena (GTSP) UCKS.C UCK FEE AAIDILFITRI Stesen Petronas Solar Jelajah Raya Aidilfitri dan Safety Point Stesen Petronas Solaris semalam. lanjut, beliau me- Selamat Aidilfitri bermula April Dagangan semalam. akan pada dari April dan operasi bakal masing- masing kelak. akan terus komited mantau GTSP tindakan situasi kecemasa pergerak kampung 'Selain JPJKK akan mastikan aspek harta premisk lancar trafik berjalan selamat. keadaan selamat dan erjamin,' katanya'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS