Seremban, 23 April 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Negeri Sembilan di antara CP Dato’ Mohamad Mat Yusop dengan penyandang baharu, DCP Dato’ Ruslan Khalid yang berlangsung di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, petang semalam.
Dalam majlis itu, DCP Dato’ Ruslan mengambil alih jawatan KP Negeri Sembilan selepas CP Dato’ Mohamad dilantik menjadi Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman pada 18 April lalu.
Turut diadakan, Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Negeri Sembilan daripada Pengerusinya, Datin Norlela Idris kepada penyandang baharu, Datin Rohayah Harun dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Hjh. Hairiah Hj. Mohd Tahir.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Mohd Sukri Kaman, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Negeri Sembilan, Ketua-ketua Polis Daerah, para pegawai kanan PDRM, ahli-ahli PERKEP dan warga kerja IPK Negeri Sembilan.