Menu

POSTING PILIHAN: TIMBALAN KPN DIANUGERAHKAN LENCANA SELAM EMAS KEHORMAT PDRM DAN BERET PASUKAN POLIS MARIN OLEH PENGARAH KDNKA

Kota Kinabalu, 23 April 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain telah dianugerahkan Lencana Selam Emas Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Beret Pasukan Polis Marin (PPM) yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, pagi semalam.

Terdahulu, turut menerima lencana dan beret yang sama adalah Dato' Sri Hazani yang disempurnakan oleh Komander PPM, SAC Rosman Ismail.

Selain itu, turut dianugerahkan Lencana Selam Emas Kehormat PDRM dan Lencana Sayap Kehormat Payung Terjun 69 Komando adalah Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, DCP Dato' Shukri Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, DCP Nik Murtaza Mahmud dan Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, SAC Datuk Zabidi Hj. Md Zain yang disematkan oleh Dato’ Sri Hazani.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am), Bukit Aman, DCP Dato’ Kasuahdi Ali, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), DCP Hj. Hamzah Hj. Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah dan Komander 69 Komando, SAC Dato' Abdul Razak Mohd Yusof.

Sumber: Polis Sabah

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'EJABAT POLIS INJEN SABAH'

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS