Menu

ARTIKEL PILIHAN: UNIT DRON PDRM BANTU LANCARKAN ALIRAN TRAFIK - KPN

Kuala Lumpur, 6 Mei 2022 - Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara yang turut terbabit dalam memastikan kelancaran aliran trafik semasa musim perayaan khususnya dalam Op Selamat 18 ini. Pegawai dan anggota Unit Dron PGU ini menjalankan tugas pemantauan dari udara di lokasi panas yang dijangkakan akan mengalami kesesakan. Tumpuan utama pemantauan oleh Unit Dron ini merangkumi lebuh raya, jalan bandaran dan jalan persekutuan di seluruh negara. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pelaksanaan tugas Unit Dron ini diatur gerak bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam Op Selamat. "Teknologi dron memberikan impak positif dalam JSPT memantau secara “real time” untuk mengambil tindakan segera terutamanya jika berlaku sebarang halangan di lebuh raya yang merisikokan pengguna jalan raya lain. "Maklumat hasil pemantauan oleh Unit Dron membolehkan elemen PDRM khususnya JSPT dapat digerakkan di lapangan bagi memastikan beban aliran trafik dikurangkan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../unit-dron-pdrm-bantu...

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS