Kuala Lumpur, 10 Mei 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat daripada Komander National Task Force (NTF), Laksamana Madya Dato' Aris Adi Tan Abdullah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.
Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan KDNKA, Bukit Aman, CP Dato' Kasuahdi Ali, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am), Jabatan KDNKA, Bukit Aman, DCP Muhammad Abdul Halim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan Ketua Staf Operasi NTF, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat.