Menu

ARTIKEL PILIHAN: KEPRIHATINAN ORANG RAMAI SEMARAKKAN ‘MOOD’ RAYA WARGA SANG SAKA BIRU

Kuala Lumpur, 3 Mei 2022 - Keprihatinan orang awam terhadap pegawai dan anggota yang bertugas pada Aidilfitri dengan memberikan makanan kepada mereka antara kenangan manis dialami ASP Mohd Asther Mohamad, 39.

ASP Mohd Asther yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh berkata, keprihatinan orang ramai itu jelas kelihatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, makanan yang diberikan kepada mereka pada hari raya bukan sahaja daripada masyarakat Melayu, malah berbilang kaum.

"Saya terharu dan amat menghargai keprihatinan orang ramai terhadap kami yang bertugas pada hari raya. Suasana itu sekali gus menimbulkan 'mood' hari raya meskipun tidak pulang berhari raya," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Komersil IPD Serdang, ASP Haryanti Che Mat, 39, berkata, beliau bersyukur apabila ahli keluarga amat memahami situasinya yang perlu bertugas pada hari raya.

"Sejak lima tahun lalu selepas kehilangan ibu dan bapa pada tahun yang sama, saya mahu memberikan fokus pada kerjaya. Saya bersyukur kerana adik-beradik lain amat menyokong kerjaya saya.

"Pada masa sama, ketika PKP, saya merasakan kami (pegawai dan anggota polis) berada betul-betul dekat dengan masyarakat menerusi tugas pemantauan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../keprihatinan-orang-ramai...
Sumber: Harian Metro

Keprihatinan orang ramai semarakkan 'mood' raya - Polis | Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS