Menu

#BeSmartStayAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: KERUGIAN RM72 JUTA AKIBAT "SCAMMER" - KITA TIDAK PERNAH BELAJAR

Kuala Lumpur, 17 Mei 2022 - Angka menakutkan apabila sebanyak RM72,151,022 kerugian direkodkan Polis Diraja Malaysia di seluruh negara membabitkan 2,239 kes penipuan “scammer” dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Angka ini jelas membuktikan rakyat Malaysia langsung tidak pernah 'belajar’ dan terus dipermainkan dengan modus operandi sama didedahkan polis sebelum ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din berkata, 716 kes direkodkan dengan kerugian RM22,224,328.20 pada Januari lalu.
Menurutnya, bagi Februari pula, 675 kes direkodkan membabitkan kerugian RM21,501,247.82.

"Sementara bagi tempoh Mac pula, 848 kes direkodkan dengan nilai kerugian RM28,425,445.98.

"Modus operandi mereka tetap sama dan tidak berubah dengan menyamar sebagai pegawai polis, kastam, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya,” katanya.

Justeru, katanya, orang ramai yang menerima panggilan telefon yang meragukan dinasihatkan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Untuk nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Lumpur: m- me- KERUGIAN RM72 JUTA AKIBAT SCAMMER Rakyat tidak pernah belajar' kerugian RM22,224328.20 bagi bagainya,' membuk- bank orang ramai dinasihatkan Pihak polis didedahkar polis erbankan dilakukan dijalankan (JSJK) Datuk Mohd rudin tidak menjalankan siasatan melalui panggilan telefon semata semata-mata Kamarudin dengan telefon pang- Pengubahan tetap bagai peni- nenghuhungi 26101559 atau'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS