Kangar, 26 Mei 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Kamarudin Md Din berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Surina Saad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini, hari ini.
Tujuan kunjungan hormat tersebut diadakan bersempena lawatan kerja beliau selama dua hari di kontinjen Perlis. Seusainya, Dato' Kamarudin turut memberi amanat kepada warga JSJK Perlis dan diberi taklimat ringkas berkenaan perkembangan semasa isu-isu jenayah komersil yang berlaku di dalam negeri berkenaan oleh Ketua JSJK kontinjen, Superintendan Wan Aeidil Wan Abdullah.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato’ Dr. Mustafa Khan Hj. Abdul Samat, Ketua Urusetia/Perundangan JSJK Bukit Aman, ACP Marvin Tan Seng Kian dan para pegawai kanan polis.