Menu

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2022

Salam Sejahtera dan Salam Polis Diraja Malaysia.

Saya dan isteri mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) dan Hari Gawai kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat berketurunan Kadazan-Dusun dan Dayak di Sabah dan Sarawak yang meraikannya.

Kedua-dua perayaan ini merupakan amalan turun-temurun yang disambut di Sabah dan Sarawak sebagai tanda berakhirnya musim menuai dan menzahirkan rasa kesyukuran atas nikmat hasil tuaian yang dikurniakan. Saya yakin perayaan kali ini, disambut dengan penuh kemeriahan kerana kita dapat kembali meraikannya secara normal dalam norma baharu, dengan mengekalkan kebertanggungjawaban bersama ke atas pematuhan Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Bersempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini, saya ingin mengajak seluruh ahli Keluarga Malaysia untuk sama-sama meraikan kepelbagaian perayaan serta mengukuhkan lagi semangat muhibah, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Dalam masa yang sama, PDRM akan kekal komited memastikan masyarakat dapat menjalani rutin kehidupan dengan rasa selamat dan harmoni dalam suasana negara yang aman.

Kepada anak perantauan yang pulang menyambut perayaan ini di kampung halaman masing-masing, didoakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pastikan keselamatan rumah dan harta benda yang ditinggalkan, diberi perhatian sewajarnya, bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan, Gayu Guru Gerai Nyamai”

(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

May be an image of text that says 'Û Setia PN Komunikas Korporat) Konsep: Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 31 MEI 2022 Hari Gawas 2022 1JUN 'KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN' 'GAYU GURU GERAI NYAMAI' f Polis Diraja Malaysia #KELHADDA MAHAYGIA pdrmsia_official PDRMsia PDRMsia PDRMsia_Official'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS