Menu

INFO BALAI: BALAI POLIS BANDAR SUNWAY, SELANGOR

Balai Polis Bandar Sunway terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor. Ia termasuk dalam Program Bandar Selamat dan dirasmikan pada 15 November 2001 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, IG Tan Sri Norian Mai.

Balai tersebut mempunyai keluasan kawasan pentadbiran 10.5 kilometer persegi meliputi kawasan perumahan dan perniagaan.

Ia diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) dengan dibantu 76 Pegawai Rendah Polis lain-lain pangkat.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS