Menu

JENAYAH SIBER: JSJK PDRM DIPERKUKUH DENGAN MAKMAL ANALISA "CRYPTOCURRENCY"

Kuala Lumpur, 31 Mei 2022 - Selama hampir empat tahun Unit Siasatan Jenayah Mata Wang Kripto atau "Cryptocurrency" diwujudkan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman, kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat berbangga apabila sebuah makmal analisa jenayah melibatkan perdagangan mata wang itu dibina di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini.

Dengan wujudnya makmal jenayah siber serba canggih dianggotai oleh para pegawai dan anggota JSJK yang berpengalaman itu, PDRM kini mampu menawarkan perkhidmatan analisa siasatan yang lebih baik serta berkualiti menggunakan teknologi moden terkini.

Pembinaan makmal analisa jenayah tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun menerusi "United Nation Office on Drugs and Crime (UNODC)" di bawah "Global Programme on Cybercrime In The Framework of Cyber Crypto" yang berpangkalan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Lebih 30 buah peralatan elektronik baharu termasuk lima unit kit pengumpulan bukti jenayah siber dan perisian "Chainalysis Reactor" antara perkakasan yang ditempatkan dalam makmal tersebut bagi membantu JSJK mengesan penggunaan mata wang kripto secara haram dalam negara.

Hadir mengiringi Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko merasmikan makmal tadi ialah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain bersama Pengarah JSJK, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din dan para pegawai dari Kedutaan Jepun.

Turut diadakan tadi ialah demo menganalisa data oleh ASP Siasatan Jenayah Cryptocurrency Zon 1 JSJK Bukit Aman, ASP Nur Adli Md Saari yang merupakan salah seorang pakar jenayah mata wang kripto Pasukan.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato' Dr. Mustafa Khan Abdul Samat dan Timbalan Pengarah (Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik) JSJK Bukit Aman, DCP Dato' Muhammed Hasbullah Ali.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 7 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people sitting, office, indoor and text

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people, people standing and text that says 'MAKMAL CRYPTOCURRENCY JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL T A sc1012012 UNODC'

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and military uniform

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people sitting, suit and indoor

May be an image of 3 people, people sitting, suit and indoor

May be an image of 1 person, standing, office, indoor and text

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person

May be an image of screen, laptop and text

May be an image of laptop and text

May be an image of laptop and text

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS