Menu

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: KETUA POLIS BALAI SENTRAL BERSAMA DUA ANGGOTA MPV BANTU MANGSA KEMALANGAN MOTOSIKAL

Ketua Polis Balai Sentral, Inspektor Nur Aminurrashid Nutman bersama dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Koperal Rafizah Norahman dan Koperal Sokongan Mohd Shahrifuddin Mesral memberi bantuan kepada dua penunggang motosikal yang mengalami kecederaan ringan selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Persiaran Tun Sri Lanang, Johor Bahru, Johor.

Selain menghubungi pihak ambulans bagi membawa mangsa ke hospital dengan kadar segera, mereka turut mengawal lalu lintas di lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan mangsa kemalangan terjamin.
Kemalangan tersebut dipercayai berlaku akibat hilang kawalan semasa menunggang dalam hujan lebat. Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa memandu atau menunggang kenderaan ketika cuaca buruk.

Sumber: Balai Polis Sentral JB

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS