Menu

DATO’ MOHAMAD RASMI PERBARISAN TAMAT LATIHAN PLAK KONSTABEL LELAKI DI PULAPOL BUKIT SENTOSA


Rawang, 15 Jun 2022 – Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan/Pembangunan) Bukit Aman, CP Dato’ Mohamad Mat Yusop hari ini merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) bagi Konstabel Lelaki Siri 11/2021 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, di sini.

Seramai 296 pelatih berjaya menamatkan program tersebut dengan penuh cekal dan keazaman yang tinggi walaupun berdepan dengan cabaran dari segi latihan akibat pandemik COVID-19.

Dato’ Mohamad dalam ucapan perasmian berkata, mereka adalah bakal wira negara yang menjadi tunjang utama kekuatan Pasukan demi mengekalkan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat serta tanah air.

“Berilah perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada masyarakat, berkhidmat dengan ikhlas, bertindak mengikut peraturan berlandaskan undang-undang. Bekerjalah dengan mengutamakan semangat berpasukan yang utuh,” kata beliau.

Dalam majlis yang sama, Dato’ Mohamad turut menyampaikan Sijil Anugerah Terbaik
 
Latihan kepada tiga pelatih iaitu, Terbaik Keseluruhan kepada Konstabel Mohamad Syaiful Azrie Kamarudin, Terbaik Akademik kepada Konstabel Mohd Azrie Suhaimi dan Terbaik Latihan Luar, Konstabel Muhammad Saddam Rustam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, Superintendan Noor Azlan Mohd Noor dan barisan Komandan PULAPOL.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 12 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 13 people, people standing, outdoors and text that says 'PERBARISAN TAMAT LATIHAN PROGRAM ”HAN ASAS KEPOLISAN (PLAK) KONSTABEL (LELAKI) SIRI 1/2021 DATO' CPDATO' MOHAMAD BINMAT YUSOP SETIA (PENYELIDIKAN DAN TO'

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, child, people standing and outdoors





PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS