Menu

PERSIDANGAN PJP/KP/KOMANDER DAN KOMANDAN FOKUS KESIAPSIAGAAN PASUKAN SECARA MENYELURUH

Port Dickson, 16 Jun 2022 - Persidangan Pesuruhjaya Polis (PJP)/Ketua Polis Negeri (KP)/Komander dan Komandan yang berlangsung hari ini membincangkan pelbagai isu bagi meningkatkan prestasi dan kesiapsiagaan Pasukan secara menyeluruh, di samping persediaan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Persidangan pertama dalam tahun 2022 secara bersemuka itu diadakan selepas negara beralih ke fasa endemik pada awal April lalu, dengan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Dengan menghimpunkan semua PJP, KP, Komander Pasukan dan Komandan Pusat Latihan Polis, perbincangan kali ini menyentuh mengenai kejayaan pelaksanaan Op Selamat, strategi menangani isu penyeludupan, pendatang asing tanpa izin, jenayah kekerasan dan kolar putih serta permasalahan dadah dalam negara.

Persidangan turut menyentuh mengenai amalan terbaik yang perlu dilaksanakan terutama dalam memberi respon pantas dan pengurusan media berkenaan isu-isu tular melibatkan imej Pasukan serta kes-kes menarik perhatian.

Tan Sri Acryl Sani dalam ucapan perasmian sekali lagi menyeru agar warga Pasukan dapat berganding bahu dalam mencapai matlamat untuk menjaga serta memelihara keselamatan dan ketenteraman awam, juga memastikan PDRM kekal relevan serta disanjung tinggi.

"Saya juga ingin mengajak hadirin sekalian untuk bersama-sama saya kembali kepada landasan bagi memperkukuhkan lagi nilai-nilai murni yang ada dalam diri, sebagaimana tersemat rapinya lencana integriti di dada kita", ujar beliau.

Turut berlangsung pada hari yang sama, Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia Kali Ke-50 Tahun 2022, yang dipengerusikan oleh Pengerusi PERKEP, Puan Sri Ir. Zaiton Mohd Isa. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan adalah berkenaan perihal kebajikan isteri dan anak warga PDRM.

Hadir sama dalam persidangan tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan Setiausaha Polis Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 11 people and people standing

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text that says '1 HAFIZAH'

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 8 people, people standing and text

May be an image of 7 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and headscarf

May be an image of 1 person, standing, indoor and text that says '@HAK LEXIS HIBISCUS PORTDICKSON PORT'

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'PDRM LEXISHIBISCUS HIBISCUS PORTDICKSON'

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text that says 'ZARUDIN'

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 5 people and headscarf
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS