Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah sehingga jam 7.00 malam ini.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika menunggang atau memandu kenderaan dan peka dengan keadaan sekeliling sekiranya berlaku peningkatan paras air secara mendadak di sekitar kawasan kediaman masing-masing.