Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PESARA POLIS KONGSI DETIK PERTEMUAN TUNKU ABDUL RAHMAN - CHIN PENG

Padang Terap, 26 Jun 2022 - Peristiwa pertemuan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng pada 29 Disember 1955 masih segar dalam ingatan pesara polis yang turut terlibat dalam sejarah tanah air itu.

Pesara Sarjan Mohd. Ali Saad, 92, dari Kampung Baharu, di sini berkata, sepanjang 35 tahun berkhidmat sebagai anggota badan beruniform itu, momen pertemuan antara kedua-dua pemimpin tersebut tidak pernah dilupakannya.

Beliau yang bertugas di Tampin, Negeri Sembilan ketika itu diarahkan mengawal keselamatan di sekitar dewan Sekolah Kebangsaan Baling yang menjadi lokasi perjumpaan berkenaan.

"Ketika dimaklumkan oleh ketua balai untuk bertugas di situ, saya dan rakan-rakan lain tetap bimbang sekiranya sesuatu terjadi semasa perjumpaan itu. Sehinggalah tiga hari sebelum peristiwa tersebut, Tunku sendiri turun memberi penerangan dan semangat.

"Perjumpaan itu berlangsung aman tanpa sebarang persengketaan walaupun tiada persetujuan dicapai. Selepas itu semua anggota yang bertugas menghantar komunis terbabit ke Bukit Paku di Baling," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../hanya-boleh-lambai-sebut-hai/

Sumber: Utusan Malaysia

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS