Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [VIDEO PILIHAN] KEMPEN ANTI-SCAM PDRM 2022: PENIPUAN DI SELANGOR BABIT KERUGIAN RM59.6 JUTA

Jenayah penipuan dalam talian atau “scam” di Selangor terus berada pada tahap membimbangkan apabila mencatatkan kerugian sehingga RM59.6 juta dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Menurut Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed, jumlah kerugian itu membabitkan 1,354 kes dengan penipuan paling tinggi adalah dalam talian dan menyumbang kepada 75 peratus daripada keseluruhan kes komersil di negeri itu.

Tambah beliau lagi, setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan penjenayah dalam talian ini.

Sumber: RTM - Radio Televisyen Malaysia

Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=908717239976089
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS