Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: EMPAT AHLI DUA GENG KONGSI GELAP DITAHAN, RAMPAS DADAH BERNILAI RM1.06 JUTA

Kuala Lumpur:, 8 Julai 2022 - Empat lelaki ahli kumpulan kongsi gelap Geng 36 dan Geng 24, yang terbabit aktiviti pengedaran dadah sejak lima bulan lalu, ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini.

Keempat-empat suspek ditahan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut, tempat letak kereta Kompleks Dutamas dan satu unit kondominium di Taman Sri Ukay, Ampang dalam satu operasi Selasa lalu dan kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim berkata, dalam serbuan itu pihak polis merampas dadah jenis Ganja, Syabu, pil Ekstasi dan "Heroin Base" yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta.

"Serbuan pertama, kami menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di kawasan parkir sebuah kondominium serta merampas 3,000 biji pil Ekstasi dan wang tunai RM500.
"Hasil soal siasat, kita menahan seorang lagi lelaki berusia 27 tahun di kawasan parkir di sebuah kompleks beli-belah di Dutamas, sebelum merampas 10.14 kilogram (kg) dadah jenis Heroin," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis KL di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS