Tahniah! Tahniah Tahniah! Buat Petinju Kelab Muaythai Kuda Merah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Muhammad Rafi Abdul Manaf atau lebih dikenali Mat Ropi kerana menjuarai Kejohanan Vitagold International Muay Thai Fight 2022 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Beliau yang berjaya menundukkan lawan dari Thailand, Penselek Racanun sekali gus dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Bagi pihak Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan yang dikecapi.

Muhammad Rafi anda kebanggaan kami!