Kajang, 21 Julai 2022 - Seramai 229 Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis dari
Unit 1 serta Unit 4
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Kuala Lumpur (KL) hari ini mempamerkan kemampuan mereka menerusi Latihan Demonstrasi Cegah Rusuhan yang dijalankan di Padang Kawad Markas PSP, di sini.
Latihan tersebut antaranya lainnya bagi menguji tahap kesiapsiagaan warga PSP ketika berhadapan dengan suasana sebenar gangguan ketenteraman awam dalam negara.
Turut dipamerkan menerusi demonstrasi itu juga, sebuah jentera "water canon" dan Unit Pencegah Rusuhan daripada
Polis Berkuda Polis Diraja Malaysia.
Antara yang hadir menyaksikan persembahan, Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Encik Shah Rizan Mohamad Sirat, Komander PSP, SAC Mohd Said Ibrahim dan Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan),
Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, ACP Mohd Faisal Yahya.