Menu

[UPDATE] ARTIKEL PILIHAN: PENGHANTAR MAKANAN HINA ISLAM, DIPENJARA GAGAL BAYAR DENDA RM50,000

Putrajaya, 21 Julai 2022 - Penghantar makanan yang mengaku bersalah hari ini atas pertuduhan membuat serta memulakan penghantaran komunikasi jelik menghina umat dan agama Islam serta Rasulullah SAW menerusi YouTube, terpaksa meringkuk selama enam bulan dalam penjara selepas gagal membayar denda RM50,000 yang dikenakan.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, ketika mengesahkan perkara itu berkata Mohd Nor' Muzil Mohd Razalli, 39, dihantar menjalani hukuman itu di Penjara Kajang, petang tadi.
Terdahulu, Mohd Nor' Muzil dihukum denda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, sejurus pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi YouTube untuk mempersenda serta menghina umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW, iaitu secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang dilihat jam 11.15 malam 16 Julai lalu di Sepang.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS