Lipis, 25 Julai 2022 – Siri jelajah bersama Dato' Awie fasa dua ke negeri pantai timur sempena Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 diteruskan dengan konvoi bermotosikal singgah di Restoran Azmi Stim Kuala Lipis, Pahang.
Ketibaan konvoi bermotosikal Dato' Awie telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor bersama timbalannya, DSP Idros Ismail.
Sejurus selesai program, konvoi kempen kemudiannya meneruskan siri jelajahnya ke daerah lain di negeri pantai timur.