Kuala Lumpur, 28 Julai 2022 – Seramai 198 Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan pesara polis Kontinjen Kuala Lumpur telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) daripada Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain dalam istiadat penganugerahan pingat tersebut, yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim,
Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur - Laman Rasmi, pagi tadi.
Penganugerahan pingat tersebut sebagai menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian para penerima kepada negara semasa Era Darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu dan Era Insurgensi Komunis di Semenanjung Malaysia serta Sabah Sarawak.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Polis
Polis KL, CP Dato' Azmi Abu Kassim, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Yahaya Othman, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya,
Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Dato' Nurul Huda Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu, Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, SAC Md Nazri Zawawi, Komandan PULAPOL KL, SAC Kamal Faizul Mohd Zain dan rakan media.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.