Kuala Lumpur, 29 Julai 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah sani hari ini mengiringi Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz menandatangani Perjanjian Penswastaan Pembangunan Semula Balai Polis Tun H.S. Lee, Balai Polis Trafik Jalan Bandar dan Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bertempat di Dewan Theatrette, Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB), di sini.
Majlis menandatangani dokumen antara pihak kerajaan dengan swasta itu turut disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria, Pengarah Syarikat Tanah dan Harta Sdn. Bhd, Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tuan Ahmad Zulqarnain Onn.
Perjanjian tersebut bertujuan mengeratkan lagi kerjasama antara KDN, khususnya PDRM dengan Syarikat PNB dalam pembangunan kemudahan sokongan berkaitan fasiliti PDRM.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad, Tengku Dato’ Ab Aziz Tengku Mahmud, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan dan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim.