Menu

HARI POLIS KE-215: PROGRAM ‘ROAD MARCH’ BERJAYA TARIK RIBUAN KELUARGA MALAYSIA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2022 – Program ‘Road March’ yang julung kali diadakan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 pada tahun ini berjaya menarik kehadiran ribuan Keluarga Malaysia membanjiri Dataran Merdeka, di sini, seawal jam 7 pagi tadi.

Program anjuran Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu merupakan salah satu pengisian Hari Polis selain kempen derma darah, lawatan hospital, upacara keagamaan dan sebagainya.

Kelainan Program ‘Road March’ juga ternyata memukau perhatian pengunjung dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti persembahan PANCARAGAM PDRM, aksi tangkas Tiger Platoon, Pasukan Gerakan Am, perarakan pelbagai kenderaan dan aset Pasukan serta aksi menunggang motosikal berat oleh para jurulatih dari Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor.

Ketibaan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani yang memasuki perkarangan dataran dengan menaiki motosikal besar bersama isteri, merangkap Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa sememangnya mencuri perhatian seluruh pengunjung yang hadir.

Demonstrasi memukau enam operatif payung terjun 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas dan seterusnya penyerahan pemukul gendang oleh Koperal Khairul Az'ehar dari Cawangan Latihan Para 69 Komando kepada KPN menjadi simbolik perasmian Program 'Road March' hari ini.

Melihat sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai, Tan Sri Acryl Sani bersyukur matlamat program bagi mendekatkan lagi hubungan polis dengan masyarakat tercapai serta ia menjadi pembakar semangat untuk program sebegitu dapat diadakan di masa akan datang.

Selain itu, kaunter pembayaran saman trafik JSPT antara yang menjadi tumpuan orang ramai bagi menjelaskan kompaun trafik masing-masing apabila tawaran pengurangan sebanyak 50 peratus diberikan untuk saman-saman terpilih.

Turut mengambil bahagian adalah “booth-booth” pameran oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM serta gerai jualan PERKEP Malaysia.

Program yang merupakan kerjasama strategik dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Penerangan Malaysia sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan serta Kibar Jalur Gemilang itu juga dihadiri Pengarah Jabatan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, DBKL, Tuan Ismail Sakirin mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis KL, CP Dato' Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed, para pegawai kanan polis dan rakan media.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin.

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and crowd

May be an image of 4 people, motorcycle and road

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, dog and outdoors

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 9 people, people standing, motorcycle, crowd, road and text that says 'VEY 3182 PDRM'

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says 'SHOEI ACRYL SANI POLIS POLIS IRYSI MOT'

May be an image of 8 people, people standing and text that says 'ACRYL AD M PERINGATAN HAR TAHUN 2022 H H 15 15 SK CRYL'

May be an image of 10 people, people standing, flower and text that says 'ROAL SEMPENA PERI YDH SPLAC'

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people and outdoors

May be an image of 7 people, people standing, indoor and text that says 'PDRM Delite'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS