Menu

PDRM DAN MEDIA PERKUKUH KERJASAMA SEBAR LUAS INFORMASI TELUS DAN TEPAT

Kuala Lumpur, 31 Julai 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir menyantuni pengamal media dalam Majlis Makan Malam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Media di Mes Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Majlis anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) ini bertujuan mengeratkan hubungan dan kerjasama antara PDRM dengan pihak media dalam menyalurkan maklumat yang telus dan tepat kepada masyarakat.

Tan Sri Acryl Sani dalam ucapan ringkasnya turut menzahirkan penghargaan kepada mereka atas sokongan yang diberikan kepada Pasukan selama ini.

Dalam majlis yang sama, pengamal media turut diberi penerangan ringkas oleh Pengarah Jabatan KDNKA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Sri Hazani Ghazali mengenai penugasan PDRM terutama dalam pelaksanaan Kawalan Rapat Keselamatan terutamanya kepada orang kenamaan.

Hadir sama adalah Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Noorsiah Mohd Saaduddin, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am), Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Presiden Foreign Correspondents Club of Malaysia, Encik Patrick Cristopher Lee, Naib Presiden National Union of Journalists Malaysia, Encik Mohammad Sudirman Mohd Tahir, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan dan para pegawai kanan polis.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 11 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 14 people, people sitting, people standing, hot pot and indoor

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people and text that says 'KAWALAN RAPAT KESELAMATAN? Objektif Utama Menyediakan persekitaran yang selamat kepada VIP yang dikawal daripada sebarang ancaman fizikal, bahaya dan perkara- perkara yang boleh memalukan VIP yang dikawal. Mengimbangi peranan VIP yang dikawal.'

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS