Menu

TIMBALAN KPN DIKURNIA DARJAH KEBESARAN SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain, kerana dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran 'Dato' Sri'.
Tan Sri Razarudin dikurniakan S.S.A.P. dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2022 sempena memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Yang ke-63 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, hari ini.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS