Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: 'JUAL' AKAUN BANK KEPADA SINDIKET

Kuantan, 9 Ogos 2022 - Seramai 154 individu termasuk 47 wanita di negeri ini ditahan kerana didapati menyerahkan akaun bank mereka kepada pihak ketiga atau sindiket penipuan.

Semua suspek berusia 21 hingga 64 tahun itu ditahan dalam Op Mule Khas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM Kontinjen Pahang sepanjang Julai lalu.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada penganggur, pekerja swasta, peniaga dan kakitangan awam.

Menurutnya, jumlah tangkapan melibatkan keldai akaun itu melebihi sasaran yang ditetapkan JSJK Bukit Aman iaitu 150 tangkapan.

"Kita dapati sindiket membayar antara RM600 hingga RM1,000 untuk menggunakan akaun individu terbabit dipercayai bagi aktiviti penipuan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar JSJK Pahang di Ibu Pejabat Polis Pahang pada Isnin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS