Kuala Lumpur, 16 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, H.E. Ali Asghar Mohammadi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Kunjungan tersebut merupakan perbincangan dua hala melibatkan kerjasama berterusan antara Polis Diraja Malaysia dengan Republik Islam Iran, selain melibatkan isu-isu keselamatan antara kedua-dua negara.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, Bukit Aman, CP Dato’ Hj. Baharuddin Hj. Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato’ Nerita Yaacob, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah dan Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang






