Menu

69 KOMANDO UNGGULI UJIAN MARA LASAK JABATAN KDNKA 2022 DI BRIGED TENGGARA PGA

Kuantan, 21 Ogos 2022 - Unit elit Polis Diraja Malaysia (PDRM), 69 Komando mengungguli Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA) 2022 selepas mencatatkan masa ujian 2 jam 45 minit serta 2 saat yang berlangsung di Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Kem Galing Kuantan (PGA) di sini, bermula jam 7 pagi tadi.

Manakala naib johan dan tempat ketiga disandang oleh Unit Tindakhas dan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am yang masing-masing mencatat masa sebenar larian 3 jam 2 minit dan 8 saat serta 3 jam 7 minit dan 43 saat.

Majlis penutupan ujian mara lasak tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dengan diiringi Pengarah Jabatan KDNKA selaku penaung jawatankuasa penganjur, CP Dato' Sri Hazani Ghazali di dataran kawad dekat markas briged, petang tadi.

Dalam ujian tersebut, sebanyak 18 buah pasukan telah mengambil bahagian melibatkan penyertaan 630 pegawai dan anggota PDRM lain-lain pangkat.

Antara yang mengambil bahagian ialah Batalion 1 dan 2 PGA, Briged Sabah PGA Official, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Udara dan Pasukan Simpanan Persekutuan.

Tan Sri Acryl Sani mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan berharap agar catatan masa larian dapat diperbaharui dalam ujian tahun hadapan.

Beliau turut menzahirkan rasa bangganya atas kesungguhan dan semangat kerja berpasukan serta setiakawan yang telah dipamerkan oleh kesemua peserta ujian.

Jelas beliau lagi, objektif penganjuran ujian tersebut adalah untuk menguji kecergasan dan ketahanan mental, fizikal peserta yang membawa beban larian seberat 10 kilogram dengan senjata. Selain menguji taktik dan kemahiran bergerak secara berkumpulan.

Terdahulu, Tan Sri Acryl Sani telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua 18 pengurus pasukan yang mengambil bahagian dalam ujian tahun ini.

Hadir sama, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa, Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid, Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf dan isteri, Datin Sri Fatimah Hj. Moyedden, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) Bukit Aman, CP Dato’ Kasuahdi Hj. Ali, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA) Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, serta barisan Komander Pasukan bersama isteri.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 8 people and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing, outdoors and text that says 'BERHENT BERHENTI 福'

May be an image of 4 people, people standing, military uniform, outdoors and text that says 'POLIS'

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 6 people, people sitting and people standing

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing, outdoors and text that says 'ALl SUKAN ION BATALION 19'

May be an image of 7 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS