Menu

KPN BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KE ATAS MENDIANG DATO’ KHOO AH SEE

KPN BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KE ATAS MENDIANG DATO’ KHOO AH SEE
Kuala Lumpur, 23 Ogos 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir memberi penghormatan terakhir ke atas bekas Timbalan Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur, mendiang pesara SAC I Dato’ Khoo Ah See di Nirvana Memorial Centre 富贵纪念馆 1502 Sungai Besi, di sini, petang tadi.

Dato’ Khoo, 79, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Beacon, Petaling Jaya, Selangor semalam selepas menderita sakit barah hati, meninggalkan balu, Datin Lynda Khoo bersama tiga orang anak.

Beliau yang telah berkhidmat selama 32 tahun dalam Pasukan pernah memegang jawatan sebagai Komander Batalion 1 Pasukan Polis Hutan (kini Pasukan Gerakan Am) Ulu Kinta, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi) Kuala Lumpur, Ketua Polis Daerah Klang dan terakhir, Timbalan KP Kuala Lumpur sebelum menjalani persaraan pada 30 Julai 1999.

Kehadiran Tan Sri Acryl Sani turut diiringi Ketua Polis KL, CP Dato’ Azmi Abu Kassim bersama timbalannya, DCP Dato’ Yahaya Othman, bekas Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia, Tan Sri Mohd Ismail Che Rus, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah, barisan ketua jabatan dan daerah Kontinjen Kuala Lumpur serta Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Skandaguru Anandan.

Seluruh warga PDRM turut bersedih dan menzahirkan salam takziah buat ahli keluarga mendiang Dato’ Khoo Ah See atas pemergian beliau. Sesungguhnya beliau merupakan seorang pegawai polis yang komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas sepanjang berkhidmat dalam Pasukan.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and text

May be an image of 5 people, people standing and military uniform

May be an image of 8 people, people standing and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS