Menu

KPN HADIR SEMPURNAKAN PEMAKAIAN PANGKAT JAWATAN KP PERAK

Ipoh, 24 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perak yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, hari ini.

Dalam majlis tersebut, Dato' Mohd Yusri Hj. Hassan Basri disematkan pangkat Komisioner Polis (CP) oleh Tan Sri Acryl Sani sebelum mengambil alih jawatan baharu beliau selaku KP Perak daripada pemangkunya, DCP Dato' Pahlawan Azizi Mat Aris.

CP Dato' Mohd Yusri yang sebelum ini menggalas jawatan sebagai Timbalan KP Pahang, telah diberi kepercayaan oleh Pucuk Pimpinan PDRM untuk menerajui Polis Perak dengan harapan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat seluruh masyarakat di negeri Darul Ridzuan.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Acryl Sani merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada CP Dato' Mohd Yusri atas pelantikan sebagai KP Perak yang baharu.

“Pelantikan ini dibuat secara bijaksana setelah mempertimbangkan kredibiliti dan daya kepimpinan yang dimiliki oleh Dato’ Mohd Yusri untuk menggendong tanggungjawab yang diamanahkan ini”, ujarnya.

KPN juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada DCP Dato’ Pahlawan Azizi kerana telah melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang memangku jawatan KP Perak.

Seusai majlis, Tan Sri Acryl Sani turut mengadakan perjumpaan secara tertutup bersama barisan kepimpinan Kontinjen Perak untuk menyampaikan amanat beliau.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, DCP N. Murtaza Mahmud, Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset) JLog, Bukit Aman, SAC Azizee Ismail, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah, Komander Briged Utara PGA (Pasukan Gerakan Am), SAC Hj. Nordin Hj. Manan, Komander 69 Komando, SAC Hamzah Hashim, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Perak serta Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhammad Afiq Aizat Kamarudin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and text

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and military uniform

May be an image of 3 people, people standing and military uniform

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing and military uniform

May be an image of 5 people, people standing and text

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of ‎3 people, people standing and ‎text that says '‎Majlis ΡΕΜΑΚΑΙΑΝ SERAH TERIMA TUGAS PANGKAT KETUA POLIS PERAK Disempurnakan Oleh YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani Negara 240gos202 TAتA gawal Kanan PDRM Pez‎'‎‎

May be an image of 4 people, people standing and military uniform

May be an image of 1 person, standing and military uniform
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS