Menu

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: SELUDUP DADAH GUNA KURIER, POLIS RAMPAS SYABU HAMPIR RM31 JUTA DAN SENJATA API

Bentong, 25 Ogos 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 841.06 kilogram (kg) dadah jenis Syabu dianggar bernilai RM30.8 juta dalam dua serbuan di sekitar daerah ini pada 20 Ogos lalu.

Semua dadah dirampas dalam sebuah rumah di Taman Anggerik, di sini, yang dijadikan stor oleh sindiket yang dipercayai turut terbabit pengedaran bahan terlarang itu untuk pasaran antarabangsa.
Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam serbuan antara jam 9 hingga 11 malam itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga emas berusia antara 61 hingga 63 tahun di tepi jalan di dalam kawasan kampung Bukit Tinggi, di sini.
Hasil soal siasat, katanya serbuan susulan dilakukan di sebuah rumah di Taman Anggerik yang dijadikan stor oleh sindiket, di mana 841.06 kg Syabu dianggarkan bernilai RM30.8 juta ditemukan.
Beliau berkata, semua Syabu dengan anggaran harga RM36,000 sekilogram itu boleh digunakan 4.25 juta orang.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../seludup-dadah-guna-kurier...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS