Menu

HAMPIR 45 TAHUN, KINI KPN KEMBALI KE SMK SERI AMPANG


Kuala Lumpur, 26 Ogos 2022 - "Selepas hampir 45 tahun, saya kembali semula ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang dan sudah tentunya banyak kemajuan dan perubahan dilihat.

"Sesungguhnya, saya amat berterima kasih kepada guru-guru yang telah bersusah payah dan bertungkus lumus mendidik saya sehingga berjaya di kedudukan sepertimana sekarang", ucap Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

KPN adalah bekas pelajar SMK Seri Ampang sewaktu berada di tingkatan satu sehingga tingkatan empat, bermula dari tahun 1974 sehingga 1977.

Beliau hadir merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang sekolah tersebut selepas 45 tahun tidak menjejakkan kaki dan bersua muka dengan beberapa kenalannya sewaktu zaman persekolahan.

Antara kenalan beliau yang turut hadir mengimbau kenangan zaman persekolahan ialah Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dato' Paduka Profesor Dr. Supyan Hussin.

Lebih membanggakan, Tan Sri Acryl Sani yang juga alumni sekolah, diberi penghormatan oleh pengetua, Encik Mustafa Musa untuk merasmikan galeri SMK Seri Ampang dengan simbolik menandatangani plak dan menggantungkan potretnya di 'AMPANG ROAD OLD BOYS ASSOCIATION Wall of Fame'.

Dalam majlis tadi juga, Tan Sri Acryl Sani berbesar hati menyampaikan Sijil Kecemerlangan kepada tujuh pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia dan 13 guru cemerlang sekolah.

Memberi kata-kata perangsang di hadapan para pelajar sekolah yang hadir, beliau menekankan betapa pentingnya menuntut ilmu, sebagai jaminan di masa hadapan.

"Sesungguhnya, diri kita sendiri yang menentukan kejayaan dan hala tuju kita pada masa hadapan".

"Untuk itu, ingin saya berpesan kepada anak-anak sekalian, agar memberikan keutamaan kepada pelajaran kerana ilmu itu akan menjadi bekalan untuk kita menghadapi kehidupan mendatang", nasihat beliau yang disambut tepukan gemuruh oleh para guru dan pelajar sekolah.

Hadir sama, Ketua Polis KL, CP Dato' Azmi Abu Kassim, Pengetua SMK Seri Ampang, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perhubungan Sekolah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Mohd Ramli Shalan, Pegawai Pendidikan Daerah Keramat, Puan Aziah Amir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Seri Ampang, Leftenan Kolonel Nixon Ng Bujang TUDM, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, SAC Dato’ Hj. Azman Ayob, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan serta Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin.

May be an image of 2 people and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing, indoor and text

May be an image of 11 people, people standing and outdoors

No photo description available.

May be an image of 9 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KALI KE-57 2022 AMPANG SMK S SERI YDU DISEMPURNAK AN SRI ACRYL SA KETUAPO ALUMN WE DULLAH 022 UMAAT'

May be an image of 2 people, people standing and text that says '2022 SERI AMPANG MPURNAKAN RYL SANI TUA POLIS N ALUMNI AR LLAH JUMAATID'

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text that says '2022 K SERI PANG ISEMPU ACRYL KETUA ALUI ABDU RM JUM/'

May be an image of 3 people, people sitting, people standing and text that says 'SMK SERI AMRANG IG IGT ACRYLSANI DISEMPURNA ACRYL SAI TUA POL ALUM ANI JUMAA'

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'SMK SERI AMPANG DH DISEMPURNAKAN Οι SRI ACRY' 26 LA WE TM'

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 13 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS