Menu

KEJOHANAN PETANQUE PIALA KPN 2022: PASUKAN BUKIT AMAN KEKAL JUARA

Cheras, 28 Ogos 2022 – Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini mengekalkan kejuaraan apabila dinobatkan sebagai johan dalam Kejohanan Petanque Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2022 di sini, petang tadi.

Pasukan tersebut berjaya mengekalkan piala pusingan yang dimenangi mereka pada tahun 2020 dalam kejohanan yang sama di negeri Johor.

Manakala Kontinjen Pahang terpaksa akur dengan kehebatan pasukan dari Bukit Aman apabila hanya mampu bergelar naib johan diikuti dengan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menduduki tempat ketiga dan Kontinjen Negeri Sembilan tempat keempat.

Kejohanan yang bermula sejak kelmarin itu melibatkan 19 kontinjen dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berentap bagi merebut gelaran juara dalam edisi kali ini menerusi lima kategori yang dipertandingkan.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Datuk Zaini Jass yang mewakili KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di Arena Petanque Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Bukit Aman atas pencapaian yang telah ditonjolkan dan kepada semua pemain kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Tambah beliau lagi, penganjuran kejohanan sebegini dapat melahirkan warga Pasukan yang lebih cergas dan aktif, seterusnya dapat meningkatkan kesihatan serta kualiti kehidupan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP N Murtaza Mahmud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan),
Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Mohd Alwi Zainal Abidin, Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Abdul Razak Mohd Yusoff, Komander Briged Tengah PGA merangkap Pengelola Petanque PDRM, SAC Zulkifli Jonit dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah.
 
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 12 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 16 people, people standing and outdoors

May be an image of 14 people, people standing and text that says 'xx× MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOH NAN PETANQUE PIALA KETUA POLIS NECARA 202 28 OGC 022 (AHAD ARENA PETA KUALA LUK'

May be an image of 5 people, people standing and wrist watch

May be an image of 13 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'MAJLIS KEJO JOHOR PERAK'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS