New York, 1 September 2022 - Delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghadiri Program Third
United Nations Chiefs of Police Summit (UNCOPS) 2022, membuat kunjungan hormat ke atas Chief of Police Selection and Recruitment Section at United Nations (UN), Mr. Ata Yenigun, tadi.
Delegasi PDRM yang diketuai Ketua
Polis Pahang, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf dengan Timbalan Ketua
Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri (KDN) (Pentadbiran), Dato' Sayuti Bakar mengadakan kunjungan tersebut ke pejabatnya, di sini.
Antara intipati perbincangan dalam sesi kunjungan hormat tadi ialah membincangkan proses dan tahap kesiapsiagaan Pasukan bagi menempatkan Malaysian Formed Police Unit (MALFPU) dalam misi pengaman Pertubunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Seusai itu, delegasi PDRM kemudiannya menghadiri program sampingan di Bilik Persidangan 1, UN Plaza bagi membincangkan Facilitating The Application of Emerging Technologies in Law Enforcement bersama wakil-wakil ketua polis negara asing.
Menerusi program tersebut juga, berlangsung UN Woman Police Officer of The Year 2022, dengan menyaksikan polis wanita dari negara Burkina Faso menerima anugerah berprestij.
Hadir sama, Kolonel Shamsuri Noordin, Penasihat Pertahanan Perutusan Tetap Malaysia ke PBB New York, Ketua Pegawai Turus Istiadat Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Mohamad Ra’ayim Hj. Jemakir, dan Ketua Balai Polis Lumut, Perak merangkap Pegawai Perhubungan PBB ke New York, ASP Thangaraja Balaraman.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin