New York, 2 September 2022 - Acara kemuncak Program Third
United Nations Chiefs of Police Summit (UNCOPS) 2022 di Amerika Syarikat, berlangsung dengan Ketua Delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyampaikan ucapan di hadapan 193 ketua delegasi negara asing di UN Plaza, di sini.
Ketua
Polis Pahang, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf antara lain berkongsi pandangan bahawa PDRM menggesa semua negara untuk mempertingkatkan
penguasaaan dalam bidang teknologi maklumat, untuk mendepani cabaran mendatang.
Di peringkat antarabangsa, Dato' Sri Ramli turut menggesa kerjasama semua pihak di dalam UNCOPS untuk menangani cabaran penipuan dalam talian yang dilihat tidak berkesudahan.
Pada sebelah malam hari yang sama, majlis makan malam yang dianjurkan oleh Penasihat Pertahanan Pertusan Tetap Malaysia ke PBB, Kolonel Shamsuri Noordin di Forest Hills, Queen dekat sini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Turus Istiadat
Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Superintendan Mohamad Ra'ayim Hj. Jemakir dan Ketua Balai Polis Lumut merangkap Pegawai Perhubungan PBB ke New York, ASP Thangaraja Balaraman.