Menu

#SembangTrafik TIADA KOMPROMI BAGI PEMANDU YANG MABUK ATAU MENGAMBIL DADAH SEHINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN

Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang telah diwartakan.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, iaitu memandu semasa di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan menyebabkan kematian.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 hingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 sehingga RM100,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu melebihi 10 tahun bagi sabitan kali pertama.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS