Kuala Lumpur, 7 September 2022 - Tindakan pantas empat anggota
Balai Polis Kepong berjaya mematahkan cubaan samun sebuah kedai emas di Bandar Manjalara, Kepong, di sini, berikutan penahanan dua lelaki pada Ahad lalu.
Ketua
Polis KL, CP Dato' Azmi Abu Kassim berkata, kejadian berlaku ketika empat anggota polis berkenaan sedang membuat rondaan bagi mengesan kes pecah cermin kereta di kawasan terbabit pada jam 8.54 malam.
Menurutnya, anggota polis terbabit menemui dua lelaki tempatan berusia 42 serta 43 tahun bersama sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan yang mencurigakan di lokasi terbabit dan pemeriksaan menemui dua pistol dan beberapa peluru hidup di dalam kenderaan itu.
"Kami turut menemui lapan butir peluru di dalam poket seluar seorang suspek, manakala 10 peluru lagi ditemui dalam genggaman seorang lagi suspek.
"Siasatan awal dilakukan mendapati kedua-dua suspek itu dalam perancangan untuk merompak sebuah kedai emas di kawasan berhampiran namun tidak berjaya apabila digagalkan pihak polis terlebih dahulu," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07092022