Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KES DERA SEKSUAL BUDAK MAKIN SERIUS

Pasir Mas, 7 September 2022 - Segelintir orang dewasa yang sepatutnya menjadi pelindung bertindak di luar kawalan apabila tergamak melakukan penderaan sama ada secara seksual, fizikal dan emosi kepada kanak-kanak hingga merekodkan sebanyak 1,055 kes hanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan, dalam tempoh Januari hingga Jun sahaja, sebanyak 578 kes penderaan fizikal, seksual (417) dan emosi (60) telah dilaporkan kepada pihak berkuasa melibatkan 706 perempuan dan 349 kanak-kanak lelaki.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Hjh. Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, jika mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, sebanyak 1,348 kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak telah direkodkan dalam tempoh yang sama.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 641 kes melibatkan rogol, rogol berkumpulan (47), sumbang mahram (127), seks luar tabii (95) dan cabul (438).

"Statistik PDRM ini menunjukkan perkembangan yang tidak sihat selain pendedahan kepada bahan pornografi kanak-kanak mendorong kepada jenayah seksual.

"Maklumat daripada polis juga menunjukkan106.764 alamat protokol internet yang berdaftar di negara in telah membuatkan perkongsian pornografi kanak-kanak sejak 2017 hingga Ogos tahun ini," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07092022

May be an image of text that says 'Kes dera seksual budak makin serius PENDEDAHAN bahan pornografi kanak- kanak idak terkawal internet mendorong kepadaj enayah tempoh mencecah4 dalam tızikal emosi meliputi ermasuk seluruh negara nulai rogol, apabila berleluasa 106,000 alamat Ramai kanak-kanak Malaysia menjadi mangsa dera sama ada seksual, fizikal dan emosi telah membuat perkongsiar apornograh kanak kanak hingga Ogos tahunini. LAPORAENM LAPORANP KANAK-KANAK sepatutnyadil dilindungi didera oleh orangdewas GAMBAR HIASAN'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS